Tips Memilih Dedak Ayam Berkualiti Untuk Ayam Kampung Kacuk

Penternak ayam kampung kacukan (AKK) kerap menghadapi masalah dengan isu dedak ayam kampung. Selain harga yang semakin meningkat, stok dedak yang tidak menentu serta belum tahu dedak mana yang sesuai. Dedak repack yang popular dikalangan penternak ayam kampung juga tidak menjamin kualiti. Oleh itu untuk mengetahui Dedak yg kita beli berkualiti pastikan memenuhi syarat berikut ini:

  1.     Jenama tempatan atau luar negara yg sudah stabil dan mempunyai sijil pengesahan nutrisi oleh badan diiktiraf seperti Mardi atau IVM.
  2.     Sekurangnya ada standard GMP atau sudah berdaftar dgn DVS sebagai pembuat makanan haiwan.
  3.     Pilih dedak jenis 'broiler starter atau grower' yang bersesuaian
  4.     Pastikan bungkusan masih tertutup dgn rapi. Jangan beli dedak yang bungkusan atau sealed telah rosak kerana kemungkinan palsu atau repack dengan kualiti yg tidak jelas.
  5.     Perhatikan tarikh production & tarikh luput telah ditulis (printed) terus pada bungkusan & bukan tulisan tangan atau tampal sticker.
  6.     Apabila ada beberapa jenama yang memenuhi semua syarat di atas maka pilihlah yang paling murah dgn stock yang paling stabil. Ambil kira kos pengangkutan kerana ini akan mempengaruhi kos keseluruhan. Rancang pembelian dedak ayam anda supaya kos pengangkutan dapat dikurangkan
  7. Cuba dedak keluaran ahli pusaka seperti Dedak Warisan yang berkualiti, tidak mempunyai antibiotik dan telah dilancarkan baru-baru ini.