Suasana Gerai Jualan Ayam Warisan di Agrofest Selangor

Selain berada di Taman Unggas Veterinar, team Marzuq Bayu juga ada membuka gerai jualan Ayam Kampung Warisan di Agrofest Selangor 2017. Gerai jualan Ayam Kampung Warisan menjual ayam kampung goreng pedas dan ayam kampung 'dakgangjeong'. Ayam kampung 'Dakgangjeong' adalah resipi dari Korea dimana ayam digoreng dahulu dan disalut dengan sos manis pedas. Menu tersebut menjadi tarikan orang ramai kerana keunikan rasa dan jarang dijumpai di sekitar event-event.