Suasana Booth Marzuq di Mini Agro Tangkak 2017

Pada 11 - 13 Mei 2017, telah berlangsungnya Program Mini Agro 2017 di Tangkak Johor dan Marzuq Bayu berkesempatan untuk menyertai program tersebut. Kali ini Marzuq Bayu menyediakan pameran-pameran ayam eksotik, anak ayam, makanan ayam Dedak Warisan (Grower) dan aktiviti seperti mini golf dan lain-lain. Sambutan yang hangat dari penduduk setempat dan sekitar Johor, memeriahkan suasana. Tahniah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor, kerana dapat menganjurkan acara yang mantap !