Suasana Booth Marzuq Bayu di Mini Maha Lekir 2017

Ekspo Mini Maha telah berlangsong pada 26 -27 November di Pusat Latihan Pertanian Lekir , Manjung Perak. Marzuq Bayu mempromosikan Dedak Warisan formulasi Khas Ayam Kampung, Persatuan Pusaka, peralatan penternakan dan vitamin ternakan. Mini Maha turut Menjemput YB Dato' Saarani Bin Mohamad selaku Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Penerangan & Pembangunan Modal Insan untuk merasmikan program tersebut. Selepas majlis perasmian, Yb Dato' Saarani Bin Mohamad berkesempatan untuk melawat booth Marzuq Bayu yang berada disana.