Suasana Booth Marzuq Bayu di Livestock Asia 2018

Suasana ekspo Livestock Asia 2018 yang bertempat di Kuala Lumpur Convention Center amat meriah dengan kehadiran ramai pengunjung yang ingin melihat akan teknologi-teknologi baru masa kini yang dipamerkan oleh Exhibitor dari dalam dan luar negara. Ekspo Livestock Asia ini berlangsung selama 3 hari bermula daripada 19 - 21 April 2018. Selain daripada booth pameran, Livestock Asia juga menyediakan bilik-bilik seminar untuk agensi-agensi menganjurkan seminar berkaitan dengan industri ternakan. Marzuq Bayu juga berpeluang untuk menyertai ekspo ini dan melancarkan produk formulasi makanan ayam kampung terbaru iaitu Dedak Warisan Premium dan Dedak Warisan Starter. Marzuq juga menyediakan khidmat konsultansi bagi mereka yang mula ingin menceburi bidang ternakan ayam kampung.