Suasana Booth Marzuq Bayu di Ekspo Johor Berkemajuan 2017

Taman Unggas mendapat sambutan yang amat menggalakan dengan kehadiran ramai pengunjung tidak kira usia. Setiap hari ramai pengunjung mengunjungi booth Marzuq Bayu atau Taman Unggas untuk melihat pameran yang disediakan seperti pameran ayam-ayam eksotik. Antara ayam-ayam eksotik yang dipamerkan adalah Black Sumatra , Phoenix Tail , Onagadori , Serama Fizzle , Pekin , Brahma , Giant Cochin dan banyak lagi. Selain itu Marzuq Bayu juga mempromosikan Dedak Warisan Formulasi khas Ayam Kampung tanpa antibiotik keluaran syarikat tersebut. Tambahan pula, di booth juga ada menjual ayam kampung frozen product dari MK Agro Farm dengan harga RM15 1kg seekor. Turut berkerjasama dengan The Kalkun Farm yang menyediakan pameran baka-baka ayam belanda.