Simptom Penyakit Ayam - Berak cair (Diarrhea)

Cirit-birit adalah salah satu keadaan yang biasa berlaku pada ayam. Najis ayam biasanya berbentuk pepejal dan coklat dengan bahagian putih di bahagian atas yang terbuat dari uric asid (air kencing ayam) kerana ayam buang air kencing dan buang air besar dalam satu gerakan. Mana-mana kotoran berbuih kuning atau kotoran berdarah tidak normal. Jika ayam berak cair, kita perlu lebih teliti melihat keadaan najis ayam tersebut, sebelum membuat sebarang kesimpulan :

  1. Ayam berak cair jernih (langsung tiada kotoran)
    Ia boleh dihasilkan oleh ayam kerana keadaan reban yang terlalu panas. Ia boleh menjadi satu cara bagi mereka untuk menyejukkan diri dengan minum lebih banyak dan mengurangkan sedikit haba mereka melalui kotoran tersebut. Ia juga boleh menjadi tanda bahawa ayam tidak cukup makan juga kerana stress, bertukar jenis dedak atau berpindah ke tempat baru.
     
  2. Ayam berak cair jernih dengan sedikit kotoran
    Kualiti dedak atau makanan salah satu faktor. Kandungan garam yang terlalu tinggi pada makanan akan merosakkan keseimbangan elektrolit dalam tubuh ayam. Kandungan protein yang terlalu tinggi juga mengakibatkan asam urat dalam ginjal ayam terlalu tinggi konsentrasinya. Kedua hal itu merangsang ayam minum air lebih banyak  sehingga terjadilah ayam berak cair.
     
  3. Ayam berak cair berwarna coklat
  4. Ayam berak cair dan bercampur sedikit kotoran merah
  5. Ayam berak cair dan berbuih