Ubat Racun Tikus Storm 250G

Ubat Racun Tikus Storm 250G

RM25.00 

STORM ialah sejenis racun tikus Coumarin Anti-Koagulan yang berkesan. STORM mengawal tikus dengan sekali makan dan tikus akan mati setelah beberapa hari kemudian, oleh itu tidak menyebabkan segan umpan dan tidak perlu mengumpan kosong sebelum meletakkan racun tikus. Kebanyakan serangan dapat dikawal dalam masa 30 hari. STORM adalah dalam bentuk sedia digunakan dan tidak perlu dicampurkan dengan bahan-bahan makanan lain. 

KAWASAN TANAMAN PEROSAK KADAR RACUN SEHEKTAR CARA PENGGUNAAN
Sawit Tikus (R.Tiomanicus) 136 Ketul umpan STORM Letakkan satu ketul umpan di pangkal setiap pokok sawit apabila banci bulanan menunjukkan kerosakan pada tandan buah melebihi 5%. Gantikan setiap umpan yang dimakan setiap minggu sehingga bilangan umpan yang diganti menurun ke paras 20%
Koko

Tikus (R.rattus diardii)

160 Ketul umpan STORM Mula mengumpan apabila kerosakan melebihi 50 lenggai sehektar. Letakkan satu ketulo umpan di pangkal pokok yang kelima dan gantikan setiap umpan yang dimakan sekali seminggu sehingga bilangan yang diganti menurun ke paras 20%.
Sawah Padi Tikus (R.argentiventer) 22 Ketul umpan STORM Letakkan satu ketul umpan setiap 10m hingga 15m di atas batas dan di hadapan lubang tikus, sebelum menabur biji benih atau sebelum mengubah. Pengumpanan berikutnya dilakukan dua minggu selepas menabur atau menanam dan gantikan umpan yang dimakan setiap minggu sehingga bilangan umpan yang diganti menurun ke paras 20%