Seminar Transformasi Ayam Kampung Sempena Livestock Asia 2018

Pada hari-3 ekspo Livestock Asia 2018, Pihak Persatuan Usahawan Ayam Kampung Malaysia (PUSAKA) dan Jabatan Veterinar Seksyen Unggas telah menganjurkan satu seminar iaitu "Seminar Transformasi Ayam Kampung". Seminar ini bertujuan untuk memberi ilmu dan hala tuju akan industri ayam kampung kepada bakal penternak dan juga penternak yang sedia ada. Antara topik-topik yang dibincangkan adalah :

  • Penternakan Ayam Kampung - Prospek dan Dimensi Baharu, Dr. Mohd Hishamfariz b. Mohd Amin Seksyen Unggas, Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
  • Pasaran & Modal Projek - Dimanakan kucari ? Sesi Dialog oleh Unit Agropreneurmuda, Agrobank & SME Corp.
  • Perasmian Seminar Transformasi Ayam Kampung oleh Ketua Pengarah Veterinar YBhg. Dato' Dr. Quaza Nizamuddin.
  • Tembusi pasaran “Ayam Kampung Premium” oleh Ahmad Najib Habeb, Marzuq Bayu Sdn. Bhd.
  • Pemprosesan & Pemasaran Ayam Kampung Komersial oleh En. Yani Hardinata Hairuddin, Ladangku Maju Sdn. Bhd.
  • Mengatasi halangan penyakit dan teknik vaksinasi yang berkesan oleh Dr Nik Mohd Faiz b. Nik Mohd Azmi Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia & Dr. Abdul Muhaimin b. Abdul Wahab Malaysian Vaccines And Pharmaceuticals Sdn Bhd.