Reban ayam kampung [Reban Tunnel Unik]

Sememangnya para penternak mempunyai kreativiti yang tersendiri apabila ingin membuat rekaan reban di ladang mereka. Terdapat pelbagai jenis reban ayam kampung yang telah dibina oleh para-para penternak di Malaysia ini. Namun dalam rekaan tersebut, kemudahan asas perlu diambil kira untuk menyenangkan urusan penjagaan haiwan ternakan dan reban.