Reban Ayam Kampung Komersial

Reban amatlah penting dalam penternakan ayam kampung secara komersial. Ia bertujuan untuk melindungi ayam-ayam daripada hujan, panas dan cuaca buruk serta gangguan musuh selain memudahkan pengurusan pembesaran ayam-ayam. Walaupun hampir sama, reban pembakaan dan reban pembesaran ayam kampung pedaging ada kelainannya. Antara kelainannya adalah reban pembakaan mempunyai sarang-sarang telur, tempat bertenggek untuk tidur, jumlah ayam yang lebih sedikit untuk keluasan reban yang sama. pada masa kini, anak-anak ayam berusia sehari akan terus diletakkan kedalam reban tetapi disediakan kepungan 'gelung-gelung' plywood dan lampu pemanas atau brooder bagi menjaga suhu dan pergerakan anak ayam. Ini adalah penting untuk tempoh 2 minggu bagi mengurangkan kadar kematian anak ayam.

Kebiasaannya, reban ayam kampung dibuat secara terbuka dan 'Sistem Bawah Tanah'. Untuk reban pembesaran ayam kampung pedaging, 1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Ini bermakna jika anda membela 2000 ekor ayam, keluasan lantai reban yang diperlukan adalah 2000 ekor kaki persegi. Contoh size reban seperti 20 kaki x 1000 kaki. Reban ayam tidak perlu menggunakan peralatan yang canggih atau kos yang tinggi. Ada yang menggunakan kayu hutan, buluh, besi C-channel, kayu 3x3 sebagai tiang dan zink, plastik jaring hitam, dawai mata punai atau jaring pukat sebagai dinding. Ketinggian reban juga perlu diberi perhatian, kerana jika terlalu tinggi, kemungkinan apabila hujan air hujan akan tempias. Sebaliknya jika terlalu rendah, ayam tidak akan selesa dan suasana reban akan panas.

Ketinggian yang disyorkan adalah 10kaki hingga 14 kaki. Dalam keadaan yang panas seperti 30degree celcius ke atas, walaupun ayam mampu hidup, pertumbuhan ayam akan terjejas atau terbantut. Jika mencapai 40 degree celcius, kebarangkalian ayam akan mengalami 'heat stroke' dan ayam akan mati.