Program Vaksinasi

 

Kesihatan ayam perlu di perhatikan, jika ayam sakit produksi telur atau daging juga pasti menurun biasanya ada 3 jenis penyakit yang sering menyerang ayam iaitu fowl cholera, berak kapur dan penyakit cacing maka dari itu selalu berikan vaksin kepada ayam supaya ayam selalu sihat. Berikut adalah mengenai vaksinasi:

 

Pencegahan

Vaksinasi merupakan cara yang paling efektif dalam upaya pencegahan penyakit. Vaksin harus diberikan secara tepat, seperti uraian berikut ini.

  • Vaksinasi untuk ayam berumur 4 hari dilakukan dengan cara titis. Titis pada kedua mata ayam, masing-masing satu titis. Jika vaksin dimasukkan ke hidung, masukkan dua titis.
  • Vaksinasi terhadap ayam berumur 4 minggu dan 4 bulan sebaiknya dilakukan dengan sistem suntik. Pilih ampul yang sesuai dengan dos sebab ubat vaksin harus dihabiskan, tidak boleh disimpan. Di pasaran ada tiga jenis dos, iaitu untuk 100 ekor ayam, 500 ekor ayam, dan 1.000 ekor ayam.
  • Lakukan campuran vaksin dengan Aquades. Jenis yang disesuaikan dengan jumlah isipadu suntikan pada ayam. Misalnya akan divaksin 100 ekor ayam. Sebaiknya pilih dan dos untuk 100 ekor ayam. Campurkan dengan Aquades 20 cc. Dengan demikian, setiap ayam harus disuntik 0,2 cc. Jarum suntikan yang akan dipakai pun harus disesuaikan dengan keperluan. Di pasar ada tiga jenis alat suntik, yang berukuran 1 cc, 3 cc, dan 6 cc. Jika memakai yang 1 cc, perlu 20 kali pengisian jarum suntikan untuk memvaksin 100 ekor ayam.

 

Sebelum Vaksin

Beberapa persiapan yang perlu dibuat seperti berikut;

  • Sebelum digunakan, simpanlah vaksin di dalam peti ais, atau kotak yang diisi ais supaya isi vaksin tidak mengalami perubahan.
  • Sterilkan semua peralatan, alat suntik, dan peralatan lainnya dengan cara mencucinya menggunakan air panas.
  • Hindari memberikan vaksinasi pada hari panas terik. Yang terbaik pada pagi atau petang atau pada hari hujan. Maksudnya supaya keadaan panas tidak merosakkan vaksin.
  • Berikan vaksin pada ayam yang sihat saja. Dua jam sebelum vaksin, seeloknya beri ayam makan terlebih dulu.

 

Cara Pemberian Vaksin

Cara-caranya;

  • Sediakan vaksin, Aquades, jarum suntikan, air panas.
  • Sterilkan jarum suntikan dengan air panas. Lakukan proses ini sampai empat kali dan goncang.
  • Campurkan vaksin dengan Aquades. Caranya, sedut vaksin dengan jarum suntikan dan cucuk ke dalam botol Aquades.
  • Goncang botol atau bekas Aquades.
  • Ambil jarum suntikan lalu sedut vaksin yang telah dicampur dengan Aquades. Sediakan ayam yang akan disuntik.
  • Seeloknya kerja ini dilakukan oleh dua orang. Satu orang memegang ayam dan lagi seorang menyuntik vaksin kepada ayam.
  • Sebaiknya pekerjaan ini dilakukan oleh dua orang. Satu orang memegang ayam, yang seorang lagi menyuntikkan vaksin.
  • Suntik vaksin kepada ayam dengan dos yang tepat.