Program Santai Bicara Ayam Kampung : Realiti atau Fantasi

Program ini diadakan pada 21 March bertempatkan di Institut Pengurusan Veterinar, Cheras. Program ini dianjurkan oleh seksyen Unggas DVS untuk menerangkan lebih lanjut berkenaan dengan ayam kampung. Antara penceramah pada hari itu adalah Dr. Hisyam, Dr. Muktir dan Prof Madya Dr. Azhar. Melalui program ini, penternak atau peserta mendapat banyak ilmu dan pengalaman yang dikongsikan oleh pakar-pakar yang memberi ceramah.