Penyebab Penyakit Ayam & Unggas

Penyakit ayam yang berpunca daripada 2 kategori penyebab penyakit kepada ayam seperti di bawah :

  • Non infectious (tidak berjangkit)
    • Pengurusan
    • Masalahy reban
    • Bencana alam
    • Hyphotermia (kesejukan)
    • Heatstress (kepanasan)
    • Canabalism
    • Keracunan
       
  • Infectious (berjangkit)
    • Virus : New Castle Disease (ND), Infectious Bronchitis (IB), Infectious Bursal Disease (IBD), Fox Powl
    • Bakteria : Coryza, Colibacillosis, Coronory Respitory Disease (CRD), Cholera
    • Protozoa & Parasite : Coccidiosis, Intestinal Worms, lice & mites
    • Fungi : Aspargilosis, Mould, Mycotoxins
    • Cacing : Kecacingan

 

Untuk memahami atau mengenalpasti penyakit Ayam Kampung, adalah lebih baik jika penternak boleh mengumpulkan maklumat dan menjalankan diagnosis atau siasatan. Penternak juga perlu memahami jenis-jenis penyakit yang kebiasaannya menyerang ayam kampung. Walaupun, memang terdapat bakteria atau virus, faktor lain juga boleh menyumbang kepada kematian ayam. Oleh itu, untuk menjadi penternak yang berilmu dan menyesaikan masalah ini, penternak perlu :

  1. Kumpulkan semua data dan informasi
    • Persekitaran
    • Haiwan
    • Soalan kepada petani
    • Petanda pada haiwan mati dan sakit
  2. Diagnosis tentatif
  3. Pengesahan diagnosis dengan membuat postmortem
  4. Menyiasat kawasan sekitar
    • Lokasi ladang?
    • Ladang atau jalan terdekat
    • Langkah kawalan penyakit (pagar, lawatan, kawalan haiwan luar….)
  5. Menyiasat dalam reban ayam
    • Sarap dan kualiti udara (ventilation)
    • Suhu
    • Satu umur / campur umur (multi age)
    • Kadar kepadatan haiwan (density)
    • Lokasi makanan dan minuman
       

penyakit ayam kampung