Kebiasaan Penyakit Ayam Kampung

Masalah utama penternakan ayam kampung adalah apabila ayam ternakan diserang pelbagai jenis penyakit samaada ayam menjadi murung atau hingga menyebabkan kematian yang tinggi. Faktor cuaca panas atau hujan yang berpanjangan juga menyebabkan pelbagai penyakit. Panduan penyakit ayam ini disediakan oleh Marzuq Bayu Sdn. Bhd. dengan harapan dapat memberikan pencerahan tentang pelbagai jenis penyakit yang biasa menyerang ayam kampung di Malaysia serta langkah-langkah pencegahan samaada menggunakan antibiotik atau dari sudut pengurusan reban atau ayam itu sendiri. Jika penternak mengenali penyakit-penyakit ini dengan terperinci dan mengetahui bagaimana pencegahan atau tahu memilih dan menggunakan antiobiotik yang sesuai, ancaman virus berbahaya dan bakteria dapat diatasi supaya kadar kematian dapat dielakkan dan pengeluaran ayam lebih optimum. 

Penyakit Ayam Kampung

Penternak yang telah lama atau baru berkecimpung dalam dunia penternakan ayam kampung akan merasa dibebani dengan penyakit yang tidak diundang ini, dan kadang kala penyakit ini seperti tidak boleh dicegah atau diubati. Terdapat juga beberapa langkah yang baik yang boleh diamalkan dalam mencegah penyakit ayam, iaitu sebelum ayam dijangkiti penyakit. Ada pepatah mengatakan, "Pencegahan adalah lebih baik dari mengubati". Lagipun, seringkali juga, langkah-langkah ini hanya melibatkan Standard Operating Procedures yang kita boleh lakukan sendiri dengan mudah, dan murah.  Walaupun terdapat pelbagai jenis antibiotik untuk merawat penyakit ini, kami percaya, adalah lebih elok jika penternak dapat mengambil langkah berjaga-jaga terlebih dahulu dan menguruskan reban dengan teliti, tanpa hanya berharap pada antibiotik semata-mata. Pencegahan penyakit dapat diatasi melalui sanitasi atau kebersihan reban itu sendiri. 

Semoga panduan ini berguna kepada semua. Hubungi kami info@marzuqbayu.com untuk memberikan komen anda dalam memperbaiki panduan ini demi kebaikan bersama.