Panduan penyimpanan makanan ayam / dedak ayam

Sebagai penternak ayam, semestinya anda akan menyediakan satu tempat penyimpanan untuk makanan ayam. Apa perkara yang patut anda ketahui? Jika makanan tidak disimpan dengan selamat, makanan ayam tersebut akan rosak atau akan menjadi tempat untuk bakteria membiak dan perubahan kimia akan berlaku. Cara menyimpan makanan yang betul adalah penting kerana:

  1. Untuk memastikan makanan berada dalam keadaan yang selamat untuk ayam. Anak ayam lebih sensitif terhadap makanan ayam yang tercemar.
  2. Untuk mengekalkan rupa, bau dan rasa makanan ayam. Makanan ayam yang terdedah tanpa ditutup and menyebabkan bau dedak hilang, dan kurang menarik minat ayam untuk memakannya.
  3. Untuk mengekalkan khasiat makanan ayam
  4. Untuk kesedapan makanan ayam tersebut

Bagaimana atau apakah kriteria yang penting untuk menyimpan makanan ayam?

  1. Makanan ayam perlu disimpan pada suhu yang betul. Suhu bilik sudah memadai.
  2. Tidak terkena hujan atau tempias hujan. Simpan di stor yang bertutup rapat dengan zink. Penggunaan canvas tidak mencukupi kerana kelembapan akibat hujan akan memberi kesan kepada makanan ayam tersebut.
  3. Persekitaran yang bersih
  4. Makanan ayam mestilah digunakan sebelum tarikh luput kebiasaannya sebulan dari tarikh di keluarkan. Jika disimpan dalam keadaan kering dan tidak tempias hujan, hingga 2 bulan.
  5. Gunakan pallet kayu untuk meletakkan makanan ayam. Jangan letakkan secara terus pada lantai kerana ia akan mengundang kelembapan dan makanan ayam akan rosak.
  6. Tempat yang sentiasa tertutup dan tidak boleh di masuki oleh haiwan seperti ayam, itik atau burung. Mereka akan mematuk atau menggigit guni makanan ayam dan pembaziran akan berlaku.
  7. Pemantauan makhluk perosak seperti tikus. selain memakan, menggigit guni dedak, kehadiran tikus boleh mengundang penyakit ayam yang lain.