Mengenai Kami - Marzuq Bayu Sdn. Bhd.

Marzuq Bayu Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat yang berpangkalan di Malaysia dan 100% milik Bumiputera yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta Kementerian Kewangan sejak tahun 2015 terutamanya dalam bidang pertanian dan penternakan ayam kampung. Syarikat kami dikendalikan oleh usahawan agropreneur yang percaya, kami dapat menyumbang impak positif kepada permintaan makanan Malaysia yang semakin meningkat dan menyelesaikan rantaian bekalan. Sejajar dengan moto Kementerian Pertanian, "Our Food, Our Future", penglibatan kami dalam industri ayam kampung adalah hasil kesedaran terhadap keperluan makanan yang sihat dan peluang perniagaan yang dapat diterokai.  Kami adalah pengeluar makanan khas Ayam kampung, pengedar peralatan penternakan/anak ayam/frozen  secara online serta menganjurkan kursus dan konsultansi berkaitan ayam kampung dan keusahawanan.  Pengeluaran ayam akan bertambah jika penternak mampu memahami pemakanan ayam yang optimum dan mengurus penyakit ayam kampung. Kami yakin berbekalkan ilmu dan pengalaman, perusahaan dalam bidang Ayam kampung mampu menghasilkan hasil yang lumayan.

 

Kami juga terlibat secara aktif dalam Persatuan Usahawan Ayam Kampung Malaysia (PUSAKA), sebuah persatuan berdaftar untuk mengumpulkan semua petani dan usahawan yang terlibat dalam industri ini dalam menjalin rangkaian perniagaan. Industri penternakan ayam kampung di negara ini mendapat pasaran yang luas apabila pengguna kini memilih untuk menikmati daging ayam lebih sihat dan terjamin selain kandungan kolestrol serta lemak yang lebih rendah. Melalui PUSAKA, penternak ayam kampung sama ada secara kecil-kecilan atau berskala besar boleh dihimpunkan dalam satu wadah yang mampu bergerak lebih jauh untuk menembusi pasaran industri yang lebih besar. 

agensi kerajaan

 

Persatuan Usahawan Ayam Kampung

 

 

KENAPA MARZUQ BAYU?


Kami ingin memastikan anda yakin dan berpuas hati dengan produk dan perkhidmatan kami.

Mempunyai akademi penternakan ayam kampung dan pusat pengumpulan ayam kampung khas untuk penternak Bumiputera. 
Menjadi peneraju Ayam kampung yang disegani di Malaysia dan mengembangkan perniagaan ke luar negara.
  • Menjadi pengeluar makanan ayam kampung  terkemuka di Malaysia dan kilang pemprosesan dedak yang berkapasiti tinggi.
  • Menjadi peneraju ayam kampung sihat dan Halal untuk pasaran tempatan dan luar negara.
  • Membantu pembangunan penternak dan petani tempatan kearah pengeluaran yang lebih tinggi dan bersepadu.
  • Meningkat pengeluaran dengan penggunaan teknologi penternakan secara sistematik dan moden. 
  • Mempromosi penggunaan Probiotik dan kesedaran penyakit ayam kampung di ladang.
  • Memudahkan penternak mendapatkan bekalan vitamin, supplimen dan peralatan penternakan melalui online shopping.

Dedication

Passion

Quality