Mengenai Dedak Warisan

You are here

Dedak Ayam Kampung Berkualiti & Terbukti

Kami komited untuk mencari jalan untuk menawarkan dedak ayam kampung yang lebih kos efektif dan mengurangkan kos pengeluaran makanan ayam kampung, meningkatkan kualiti makanan haiwan dan meningkatkan daya saing para penternak dengan menggunakan teknologi tinggi serta bahan mentah alternatif berkualiti. Kami memahami masalah yang dihadapi oleh banyak ladang kecil dan sederhana kerana kos makanan yang tinggi. Walaupun, penting untuk menyediakan nutrien yang lengkap untuk ayam yang semakin meningkat, kos makanan perlu dikaji dengan berhati-hati kerana ia menyumbang sebahagian besar daripada jumlah kos pengeluaran.

 

Dengan kajian dan ujicuba selama beberapa tahun dijalankan, kami telah berjaya merumuskan campuran yang betul untuk menghasilkan salah satu makanan berkualiti terbaik di Malaysia untuk Ayam Kampung atau Free range chicken. Bukan sahaja ia bebas Antibiotik tetapi Dedak Warisan mengandungi probiotik yang bermanfaat yang baik untuk ayam dan tidak mencederakan manusia.

  • Dedak Ayam Kampung berkualiti tinggi.
  • Kadar pembesaran ayam setara dengan jenama popular.
  • Vitamin natural dari Palm-Kernel-Expeller (PKE).
  • Semakin mendapat sambutan ramai penternak ayam kampung.
  • Tidak mempunyai sebarang campuran terlarang.
  • Tiada Antibiotik.
  • Dedak yang Halal dan tidak mengandungi sumber protein yang diragui.
  • Harga lebih rendah.
  • Telah diujicuba oleh MARDI dan Institut Veterinar Malaysia
  • Ayam lebih enak dan rendah lemak

 

dedak ayam kampung

Dedak Ayam Kampung Labtest MardiDedak Ayam Kampung Labtest Mardi