Makanan Alternatif Ayam Kampung

Selain daripada makanan ayam yang biasa iaitu dedak, terdapat juga makanan alternatif yang penternak boleh diberi kepada ternakan. Antaranya adalah Bokashi, Azola, Napier, Jagung, Rumput-rumput, Hampas kelapa, Hampas soya, BSFL, Lebihan dapur, Temukut, Sayuran, Kepala ikan, Palm kernel expeller (PKE), Makanan reject kilang (roti,mee) dan lain-lain.

 

 
 
 
 
 
 

Walau bagaimanapun, Setiap makanan alternatif ini tidak mempunyai kandungan nutrisi yang lengkap dan seimbang. Ini kerana setiap makanan alternatif ini menyumbangkan kepada spesifik nutrisi sahaja, jadi ianya tidak berapa sesuai untuk dijadikan sebagai sumber makanan yang utama. Adalah penting untuk kita memberi makanan yang seimbang dan nutrisi yang mencukupi secara menyeluruh agar kita peroleh tahap pembesaran yang diingini dan berkualiti.