Lawatan KSU ke Booth Marzuq Bayu di Agro Run 2017

Lawatan Datuk Seri Dr. Ismail Bin Hj Bakar selaku Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke booth Marzuq Bayu di Agro Run 2017 , Taman Botani Negara Shah Alam. Beliau yang diiringi oleh Ketua Pengarah Veterinar iaitu Dato Dr. Quaza Nizamuddin berkesempatan untuk melawat booth Marzuq Bayu untuk melihat produk keluaran syarikat iaitu Dedak Warisan Makanan Ayam Formulasi Khas Ayam Kampung dan pameran-pameran yang disediakan. Beliau juga menurunkan tandatangan di signboard dedak warisan sebagai tanda sokongan beliau atas produk keluaran bumiputra ini.