Lawatan Ketua Pengarah Veterinar di Booth Marzuq Bayu

Pada program Agro Run 2017 yang berlangsung di Taman Botani Negara Shah Alam lepas, Booth Marzuq Bayu dilawati oleh Ketua Pengarah Veterinar iaitu YBhg. Dato' Dr. Quaza Nizamuddin Bin Hassan Nizam. Beliau berkesempatan meluangkan masa untuk melihat pameran-pameran di setiap booth. Beliau juga berbesar hati untuk menurunkan tandatangan di atas signboard dedak warisan tanda sokongan beliau untuk produk keluaran syarikat Marzuq Bayu.