Lawatan Ketua Pengarah Veterinar Dato' Quaza di Livestock Asia 2018

Booth Marzuq Bayu sekali lagi dilawat oleh YBhg. Dato' Dr. Quaza Nizamuddin selaku Ketua Pengarah Veterinar. Kehadiran beliau ke booth adalah untuk melihat dan memberi semangat kepada para usahawan supaya terus maju dalam industri penternakan. Team Marzuq Bayu mengambil kesempatan ini untuk memberi sedikit info tentang produk keluaran marzuq yang terbaru iaitu Dedak Warisan Premium dan Dedak Warisan Starter. Beliau mengatakan ianya adalah satu usaha yang bagus untuk membangunkan industri ayam kampung supaya lebih berkembang dan boleh tembusi pasaran global.