Lawatan Kerja Menteri ke Nafas Feedmill Sdn Bhd

Pada 21 Julai 2017, program Lawatan Kerja Menteri Pertanian & Industri Asas Tani iaitu YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek telah berjaya dilangsungkan di Nafas Feedmills Sdn Bhd. Lawatan ini bertujuan untuk melihat produk-produk hasil tempatan dan perkembangan industri pertanian dalam Malaysia. Team Marzuq juga berkesempatan untuk menyertai program tersebut dengan membuka satu booth mempromosi Persatuan Usahawan Ayam Kampung Malaysia (PUSAKA).