Kursus Penternakan Ayam Kampung di PPK Bukit Gambir

Program bersama PPK Bukit Gambir bersama Agrobank, MOA, Unit Agropreneur Muda dan Marzuq Bayu pada 20 Disember 2017. Kursus Penternakan #ayamkampung yang berlangsung selama 1 hari di Pejabat Peladang (PPK) Bukit Gambir telah berjaya dilaksanakan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran ramai peserta. Kursus ini membincangkan topik mengenai :

  • Potensi Penternakan Ayam Kampung
  • Pengkongsian Pengalaman
  • Pengenalan & Pencegahan Penyakit Ayam Kampung
  • Pengurusan Pemakanan Ayam Kampung
  • Geran & Pembiayaan Agropreneur Muda
  • Penyediaan Rancangan Perniagaan yang Berkualiti
  • Sistem Reban yang Sistematik
  • Lawatan Ladang ke Warisan Habeb Farm