Kursus Komprehensif Ayam Kampung 2018 Sesi 1

Kursus komprehensif Ayam Kampung 2018 telah berjaya dilangsungkan anjuran Veterinar Kluang dan kerjasama PUSAKA pada 2 Julai - 4 Julai 2018 di Pusat Latihan Teknologi Veterniar Kluang, Johor. Seperti tahun lepas, kursus pada tahun ini juga dihadiri oleh ramai peserta. Antara topik dan aktiviti sepanjang kursus :-

 

• Enakmen Penternakan Ladang Unggas Negeri Johor & Amalan Baik Penternakan Ayam oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

• Pengenalan & Scenario Industri Ayam Kampung oleh Prof Madya Dr Jalila, Fakulti Perubatan Veterinar UPM.

• Potensi Penternakan Ayam Kampung oleh Prof Madya Dr Jalila, Fakulti Perubatan Veterinar UPM.

• Pengenalan Vaksin dan Penggunaan Vaksin yang Berkesan oleh Dr Muhamin, Malaysian Vaccines and Pharmaceuticals Sdn Bhd.

• Pengenalan dan Teknologi Black Soldier Fly Larvae (BSFL) oleh Haszaini Hassan, Nutrition Technologies Sdn Bhd.

• Pengenalan PUSAKA - Perkongsian pengalaman, isu penternakan, pemprosesan & PUSAKA.

• Merawat Penyakit Ayam Kampung oleh Prof Madya Dr Jalila, Fakulti Perubatan Veterinar UPM.

• Pembinaan Reban yang Sistematik dan Kos Efektif oleh Wakil PUSAKA.

• Pengurusan Hatcheri & Pengurusan Anak Ayam oleh Wakil PUSAKA.

• Pengurusan Pemakanan Ayam Kampung.

• Pengenalan Efektif Microorganisma (EM).

• Pemasaran Ayam Kampung.

• Perbincangan dan Pembentangan dalam Kumpulan : Masalah-masalah, cadangan penyelesaian & rancangan projek oleh semua peserta bersama fasilitator PUSAKA.

 

Kursus Komprehensif Sesi 2 akan dianjurkan pada 12 Ogos - 14 Ogos 2018. Untuk info lebih lanjut hubungi En Nizam 0137073123.