Kursus Komprehensif Ayam Kampung Sesi 3 ( 27 - 29 Ogos 2017 )

Kursus Komprehensif Ayam Kampung sesi 3 anjuran Veterinar Kluang Johor dan kerjasama PUSAKA dan MARZUQ BAYU telah berjaya diadakan di Pusat Latihan Teknologi Veterinar, Kluang Johor pada 27hb - 29hb OGOS 2017. Kursus ini disertai oleh lebih 40 peserta dari seluruh daerah Johor yang meliputi tentang :
 
  • Pengenalan & scenario industri Ayam Kampung / Potensi Penternakan Ayam Kampung oleh Prof Madya Dr Jalila Binti Abu , fakulti perubatan veterinar & UPM.
  • Pencegahan dan pengenalan penyakit Ayam Kampung oleh Prof Madya Dr Jalila Binti Abu , fakulti perubatan veterinar & UPM.
  • Amalan terbaik penggunaan Vaksin, Vitamin dan Antibiotik untuk Ayam Kampung oleh Dr Wong , FE Venture Sdn. Bhd.
  • Enakmen Penternakan Ladang Unggas Negeri Johor dan Amalan Baik Penternakan Ayam oleh Encik NizamPegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar(DVS).
  • Pembinaan reban yang sistematik dan kos efektif & Pengurusan reban Ayam Kampung oleh En Najib Habeb , MARZUQ BAYU SDN BHD.
  • Pengurusan Hatcheri / Penetasan telur & Pengurusan Anak Ayam kampung oleh En Anuar Ahmad , PUSAKA.
  • Lawatan ke ladang ternakan ayam kampung , Perkongsian pengalaman penternakan , Bedah Siasat Ayam (Demonstrasi) bersama Prof Madya Dr Jalila Binti Abu.
  • Pengurusan pemakanan Ayam Kampung & Pengenalan kepada Effektif Microorganisma (EM) oleh En Najib Habeb , MARZUQ BAYU SDN BHD.
  • Pembiayaan dan Geran & Penyediaan Kertas Kerja oleh En Najib Habeb , MARZUQ BAYU SDN BHD.
  • Pengenalan PUSAKA Perkongsian pengalaman, isu penternakan, pemprosesan & pemasaran oleh En Najib Habeb , MARZUQ BAYU SDN BHD
  • Perbincangan dalam kumpulan - Masalah-masalah, cadangan penyelesaian & rancangan projek oleh Semua peserta bersama fasilitator PUSAKA dan En Najib Habeb , MARZUQ BAYU SDN BHD