Kursus Ayam Kampung 10 March 2018 (Asas Penternakan)

Pada 10 March 2018, Kursus Ayam Kampung 2018 (Asas Penternakan) PERCUMA sesi pertama telah berjaya dilangsungkan di HQ Marzuq Bayu, Seri Kembangan Selangor. Tujuan kami menyediakan kursus ayam kampung secara percuma setiap bulan adalah untuk menyemarakkan industri ayam kampung, dan memberi kesedaran serta membuka mata mengenai kepentingan ilmu yang bersesuaian bagi memulakan penternakan ayam kampung dengan meminimumkan kerugian. Insyaallah, kami ingin membantu dan berkongsi ilmu dengan sistem penternakan yang betul kepada bakal penternak ayam kampung.

Selain itu, kami ingin memperkenalkan Persatuan Usahawan Ayam Kampung Malaysia (PUSAKA) bagi mewujudkan rantaian perniagaan dan bekerjasama dalam bidang ini.

  1. Pengenalan dan potensi penternakan ayam kampung
  2. Sistem Reban Ayam Kampung yang efektif
  3. Penjagaan Anak Ayam
  4. Pengurusan Pemakanan
  5. Pengenalan penyakit ayam kampung yang sering terjadi.

Anda ingin menyertai sesi kursus yang seterusnya ? Tekan link dan daftar Kursus Penternakan Ayam Kampung 2018.