Konsultansi Projek Ayam Kampung

Anda berminat menjalankan projek ayam kampung tetapi tidak pasti bagaimana untuk mula?

Anda sedang mencari konsultant atau rakan kongsi untuk projek anda?

Pasukan Marzuq Bayu mempunyai kepakaran dan jalinan rangkaian untuk projek ayam kampung yang mampu membimbing dan bekerjasama dengan anda.

PENERAJU AYAM KAMPUNG DI MALAYSIA


Kami komited untuk memastikan kejayaan anda. Kami menyediakan konsultansi dalam pelbagai aspek penternakan ayam kampung :

Perancangan

Perancangan ladang, pembinaan reban, setor, dan pembangunan keseluruhan projek Ayam Kampung

Perlesenan Unggas & MyGAP

Permohonan perlesenan penternakan unggas daripada veterinar dan permohonan MyGAP

Geran & Pembiayaan

Permohonan geran, bantuan kewangan oleh agensi kerajaan atau penyediaan kertas kerja yang berkesan.

Sokongan Teknikal

Perkhidmatan teknikal dengan melakukan lawatan ladang, investigasi masalah/isu teknikal dan kursus-kursus asas & lanjutan.