Kembara Mahkota Johor 2017 di Sagil Tangkak

 

Booth Marzuq Bayu bersemperna Kembara Mahkota Johor 2017 yang berlangsong pada 11 September di Laman Herba Kampung Sagil Parit 2 , Tangkak. 

KLUANG: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, hari ini bertitah Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017 edisi ke-20 yang sedang berlangsung mungkin yang terakhir untuk baginda. Sultan Ibrahim bertitah, baginda mahu menyerahkan tanggungjawab (pelaksanaan) program tahunan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail.

"Saya rasa tahun ini tahun terakhir saya. Saya nak serah pada Tunku Mahkota. Saya nak tengok macam mana beliau (Tunku Ismail) menerajui Kembara Mahkota. "Saya sudah didik dia (Tunku Ismail) dah cukup dan saya akan datang sebagai tamu (tetamu) je. Kalau dijemput," titah baginda sambil berseloroh kepada BH ketika ditemui di Kem Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam di sini, pagi tadi.

Sultan Ibrahim bertitah, baginda mahu membuat pengumuman mengenai pembabitannya yang terakhir dalam KMJ tetapi tidak sampai hati berbuat demikian. "Tapi saya nak buat announcement (pengumuman) itu tetapi saya tak sampai hati. Jadi selagi ada keringat saya teruskanlah (KMJ)," titah baginda dalam nada sebak.

Selain itu Sultan Ibrahim bertitah langkah Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah mengikutnya dan menemani memandu kereta pada KMJ kali ini diibaratkan seperti temujanji baginda berdua. Katanya, pada mulanya baginda berasa hairan Permaisuri Johor mahu mengikutnya sepanjang program KMJ. "Tahun ni saya hairan Raja Zarith ikut saya sepanjang jalan. Saya cakap dengan dia pergi naik kereta, esok demam. Dia tak nak. Macam dating (temujanji) la berdua je dalam kereta. Tapi dia tahan (ikut sepanjang program)," titah Tuanku.