Karnival Muafakat Tani daerah Johor di Dataran Bukit Kepong, Muar

Karvinal Muafakat Tani daerah Johor 2018 telah berjaya dilangsungkan pada 11 - 13 Januari di Dataran Muafakat Bukit Kepong, Muar. Karnival ini turut menjemput Menteri Besar Johor YAB Dato Mohamed Khaled Nordin untuk merasmikan karnival tersebut. Marzuq Bayu berkesempatan membuka booth disana dengan mempamerkan beberapa jenis ayam perhiasan dan mempromosikan makanan ayam iaitu Dedak Warisan formulasi khas #ayamkampung. Selain itu terdapat juga beberapa jenis vitamin ternakan dan peralatan penternakan dijual disana.