Jenis-jenis Bekas Minuman Ayam

Air merupakan salah satu keperluan ayam yang wajib dipenuhi dengan baik. Ada 2 perkara yang mempengaruhi kualiti air, terdiri dari sumber air minum yang digunakan (air tangka, air tadahan, air sungai dsb) serta sistem pemberian air (termasuk alat yang digunakan). Namun kali ini kita akan menceritakan tentang pengurusan air minum ayam berkaitan dengan pemilihan bekas minum yang betul.
 
Bekas Minuman Ayam
 
Di pasaran ada berbagai jenis bekas minum ayam, mulai dari bentuk galon, bell drinker, PVC (talang air), hingga nipple. Sistemnya pun ada yang manual, semi automatik, automatik dan peternak bebas memilih jenis yang sesuai, serta anggaran kos yang dimiliki. Serta bekas minum yang akan digunakan tersebut harus dibuat  dari bahan yang tidak beracun, warna yang menarik bagi ayam, tahan terhadap panas, mudah dibersihkan, dan tidak mudah pecah.
 
Berikut adalah jenis-jenis bekas minuman ayam :
 
Bekas minuman manual
 
Bekas minum ayam manual terdiri dari 2 bentuk, iaitu bentuk galon dan PVC. Bekas minum ini memiliki kelebihan mudah dibersihkan dan kos pemasangannya rendah.
 
 
Bekas Minuman Marzuq Bayu
 
Walaupun, dengan penggunaan bekas minuman ayam manual ini, kebersihan air sukar untuk dijaga kerana ayam senang untuk mengotorkan bekas minum dengan cemaran najis, sehingga penternak perlu membersihkan setiap hari. Penternak juga harus mengisi air setiap kali air habis diminum ayam. Hal ini, banyak menggunakan tenaga serta pembaziran air. Air minum juga berisiko untuk tumpah oleh kerana aktiviti ayam di dalam reban sehingga boleh menyebabkan reban basah dan kadar ammonia meningkat.
 

Bekas minuman semi automatik

 

Bekas minum jenis ini biasanya berbentuk bell drinker, di mana bentuknya seperti galon atau lonceng dengan pinggan di bawah sebagai penampung air, serta dilengkapi sistem pengeluaran air secara automatik. Kerana air akan terisi secara automatik, maka kesegaran air tetap terjaga dan air akan selalu tersedia untuk ayam. Daya tampung ayam dari bekas minum ini pun lebih besar berbanding bekas minum manual.
 
 
Bekas Minuman Marzuq Bayu
 
Kelemahannya, masih tergolong system air minum terbuka, maka air pada bekas minum bell drinker ini juga mudah kotor oleh cemaran najis. Jika cara pemasangan juga tidak betul kebocoran akan terjadi sehingga air akan mengalir terus-menerus dan tumpah membasahi reban. Bekas minum jenis ini juga sukar untuk dibersihkan, terutama pada bahagian paip, sehingga perlu teknik flushing (pengepaman dengan air bertekanan) minimum seminggu sekali.
 

Bekas minuman automatik

 

Nipple drinker merupakan bekas minum yang moden kerana memiliki sistem automatic atau sistem tertutup. Bekas minuman nipple drinker ini boleh digunakan dari ayam kecil (DOC) hingga dewasa. Penternak disyorkan menggunakan bekas minum jenis ini. Pencemaran air pada bekas minum nipple jauh lebih rendah berbanding bekas minum manual atau semi automatik, air tetap segar dan bersih. Pembaziran air dan juga tenaga kerja berkurang.
 
Selain itu, bekas minum nipple memberi keuntungan agar tidak perlu dibersihkan setiap hari. Namun dari sisi kelemahan kos untuk pembelian serta pemasangan tinggi sedikit berbanding bekas minuman yang lain. Juga cara pembersihan agak rumit kerana memerlukan teknik flushing yang rutin minimum seminggu sekali.
 
Kelemahannya, masih tergolong system air minum terbuka, maka air pada bekas minum belldrinker ini juga mudah kotor oleh cemaran najis. Jika cara pemasangan juga tidak betul kebocoran akan terjadi sehingga air akan mengalir terus-menerus dan tumpah membasahi reban. Bekas minum jenis ini juga sukar untuk dibersihkan, terutama pada bahagian paip, sehingga perlu teknik flushing (pengepaman dengan air bertekanan) minimum seminggu sekali.