Jemputan Sambutan Hari Raya MDEC di SDCC

Pada 14 July 2017 , MDEC telah menganjurkan sambutan hari raya bertempat di Sime Darby Convention Centre. Dengan berbesar hati, Marzuq Bayu telah dijemput untuk menghadiri sambutan itu. Pelbagai juadah makanan yang disediakan membuatkan pengunjung teruja untuk mencuba juadah-juadah tersebut. Jemputan para selebriti seperti Nabil Ahmad , Angah Raja Lawak , Fizo Omar , Mawar Farida dan lain-lain menjadikan majlis itu sangat meriah.