Faktor Yang Mempengaruhi Penetasan Dalam Inkubator

Terdapat banyak faktor-faktor yang membuatkan peratusan penetasan telur menjadi kurang. Sebagai penternak atau pembaka, kita perlu tahu faktor-faktor itu supaya kita dapat memperbaiki masalah tersebut dan meningkatkan produksi keluaran kita. Antara punca masalah telur tak menetas adalah:
 
1. Telur yang dijangkiti kuman. Tanpa disedari anda telah memasukkan sebiji dua telur yang telah tercemar dengan kotoran seperti lumpur dari kaki ibu atau bekas telur itu sendiri, ataupun semasa anda mengutip telur tersebut terdapat sebiji telur yang telah pecah dan cairan di dalam telur pecah tersebut telah mencemari telur yang anda kutip. Telur yang tercemar ini akan menjangkiti telur yang lain sekiranya anda memasukkannya di dalam inkubator yang telah mengandungi telur lain.
 
2. Telur yang tiada benih atau tidak disenyawakan oleh si jantan. Untuk ternakan cara lepas bebas, peratusan untuk telur tidak disenyawakan agak tinggi akibat kegagalan si jantan memanjat si betina. Ini kerana persaingan antara jantan2 yang ada atau kawasan ternakan yang terlalu luas menyebabkan si jantan berjauhan dengan si betina. Telur itu tidak akan menetas walau apa pun dilakukan terhadapnya.3. Jangkitan sekunder di mana kotoran dan kuman dari tangan semasa kita memusingkan telur berpindah kepada telur tanpa kita sedari. Kadangkala kuman ini juga boleh di dapati dipersekitaran bekas inkubator itu sendiri berikutan penggunaanya yang kerap. Jangkitan sekunder ini juga boleh terjadi apabila telur bersentuh dengan najis anak ayam yang dibiarkan mengering bulunya selepas menetas di dalam inkubator.
 
4. Masalah teknikal seperti suhu tak stabil, kelembapan kurang atau kegagalan memusingkan telur itu sendiri.
 
5. Pengaruh baka atau genetik telur seperti ibu muda yang kali pertama mengeram, ibu yang telah dijangkiti penyakit sebelum ini seperti jangkitan disaluran reproduktif dan ibu yang kekurangan zat makanan seharian.
 
6. Telur yang telah rosak kerana dibiarkan lama diluar sebelum dimasukkan di dalam inkubator juga akan menurunkan peratusan telur menetas.