Effective Microorganism ( EM )

Effective Microorganism ( EM ) adalah organisma baik yang berguna untuk ternakan. Kebiasaanya Effective Microoganism ini berbentuk cecair atau tepung yang boleh diberi minum kepada semua haiwan ternakan daripada ternakan unggas, ruminan dan juga kucing. Terdapat 3 unsur didalam EM iaitu Bakteria PhotostropikBakteria Asid Laktik dan juga Ragi (Yis). Effective Microorganismterbahagi kepada dua EM 1 (Pati) dan EMAS (EM Activated Solution).

Fungsi Effective Microorganism ( EM )

• Menghilangkan bau busuk reban.
• Menghindarkan lalat.
• Meningkat kesihatan ayam.
• Membersihkan usu ayam dan membolehkan penyerapan nutrisi.

Cara Penggunaan Effective Microorganism

1. Minuman

• Boleh diberi pada ayam seawal umur 1 hari hinggalah dewasa/sembelih setiap hari.
• Tiada sukatan khusus (berapa banyak) untuk ayam.
• Gunakan EMAS (1:200) atau EM 1 (1:1000) pada AIR BUKAN KLORIN. Klorin akan membunuh bakteria baik didalam kandungan EM.
• Jangan dicampur pada vitamin atau antibiotik.

2. Makanan

• Dicampur pada bahan - bahan yang diperam selama 2 minggu atau sebulan yang juga dinamakan Bokashi.
• EM dalam bentuk tepung boleh dicampur pada dedak.

3. Semburan pada reban

• Dicampurkan pada air tiada klorin dengan nisbah 1:100
• Boleh dilakukan setiap minggu untuk mengelakkan bau dan lalat.
• Spray terus pada ayam, bekas makanan, lantai atau dinding.

Cara Penyimpanan Effective Microorgasm ( EM )

Seeloknya disimpan dalam tempat bersuhu bilik dan tidak terdedah kepada cahaya matahari ataupon panas haba. Ini kerana haba akan membunuh bakteria yang ada didalam kandungan EM.