Booth Pameran di Karnival Hari Penternak Pokok Sena

Pada 18 - 19 November 2017, di daerah Pokok Sena telah berlangsungnya Program Perdana & Karnival Hari Penternak Pokok Sena, Perkarangan Pusat Pembiakaan Bebiri Gajah Mati. Majlis tersebut dirasmikan oleh YB. Dato Suraya binti Yaacob selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Kebajikan Masyarakat. Pihak Marzuq Bayu berkesempatan untuk menyertai program tersebut dan diberi peluang untuk membuka booth di sana. Marzuq Bayu mempromosikan dedak keluaran syarikat itu sendiri iaitu Dedak Warisan Formulasi khas #makananayam Kampung. Selain itu, Marzuq Bayu juga ada menjual Em 1,  vitamin ternakan, mesin penetas telur, antibiotik dan pameran ayam perhiasan.