Ayam Kampung Penelur

Tujuan program vaksinasi adalah untuk meningkatkan imunisasi untuk menahan serangan penyakit. Penyakit umum yang menjangkiti ayam secara amnya seperti penyakit berjangkit bronkitis, gumboro atau penyakit- penyakit lain yang boleh menyebabkan kematian kepada ayam. Penyebaran penyakit boleh terjadi oleh banyak faktor antaranya melalui percampuran dengan ayam yang berjangkit, melalui bekas makanan dan minuman, juga boleh melalui udara atau orang yang mengunjungi kawasan ladang.

Program vaksinasi ayam penelur memerlukan penjagaan yang rapi dan teliti kerana penternakan ayam penelur memerlukan masa minimum 20 minggu untuk mendapat hasil pertama kerana ketika itu ayam baru matang untuk mengeluarkan telur. Selain itu, ayam penelur amat sensitive kerana jika terdapat masalah kepada tahap kesihatannya produksi telurnya tidak akan mencapai pada tahap yang optimum.

 

Berikut program cadangan vaksinasi Ayam Penelur:

UMUR

VAKSIN

TUJUAN

1-3 Hari

IB

Mencegah penyakit IB (Infectious Bronchitis)

4 Hari

ND dan GUMBORO

Mencegah penyakit ND (Newcastle Disease) dan  Gumboro (Infectiours Bursal Disease)

7 Hari

GUMBORO

Mencegah penyakit Gumboro (Infectiours Bursal Disease)

18 Hari

ND

Mencegah penyakit ND (Newcastle Disease)

21 Hari

GUMBORO

Mencegah penyakit Gumboro (Infectiours Bursal Disease)

30 Hari

IB

Mencegah penyakit IB (Infectious Bronchitis)

35 Hari

ND

Mencegah penyakit ND (Newcastle Disease)

6 Minggu

ILT

Mencegah penyakit ILT (Infectious laryngotrachetis)

7 Minggu

SNOT dan FOWL POX

Mencegah penyakit SNOT (lendir dalam salur pernafasan) dan Fowl Pox (juga dikenali sebagai sorehead, avian dhypteria atau adalah penyakit cacar)

8 Minggu

ND

Mencegah penyakit ND (Newcastle Disease)

9 Minggu

ND dan IB

Mencegah penyakit ND (Newcastle Disease) dan IB (Infectious Bronchitis)

12 Minggu

ILT

Mencegah penyakit ILT (Infectious laryngotrachetis)

14 Minggu

ND dan IB

Mencegah penyakit ND (Newcastle Disease) dan IB (Infectious Bronchitis)

15 Minggu

SNOT

Mencegah penyakit SNOT(lendir dalam salur pernafasan)

16 Minggu

ND,IB dan EDS

Mencegah penyakit ND (Newcastle Disease), IB (Infectious Bronchitis) dan EDS (Egg Drop Syndrome)

20 Minggu

ND dan IB

Mencegah penyakit ND (Newcastle Disease) dan IB (Infectious Bronchitis)

 

Catatan:

  1. Vaksinasi Marek Disease diberikan di ladang pembaka
  2. Vaksinasi ND (Newcastle Disease) diberikan setiap 5-7 minggu