Ayam Kampung Pedaging

Tujuan program vaksinasi adalah untuk meningkatkan imunisasi untuk menahan serangan penyakit. Penyakit umum yang menjangkiti ayam secara amnya seperti penyakit berjangkit bronkitis, gumboro atau penyakit- penyakit lain yang boleh menyebabkan kematian kepada ayam. Penyebaran penyakit boleh terjadi oleh banyak faktor antaranya melalui percampuran dengan ayam yang berjangkit, melalui bekas makanan dan minuman, juga boleh melalui udara atau orang yang mengunjungi kawasan ladang.

Program vaksinasi untuk ayam pedaging agak kurang berbanding jenis ayam lain kerana kitaran hidupnya anggaran hanya 5 hingga 6 minggu ( 35-42 hari) sahaja. Akan tetapi amat penting setiap ayam pedaging diberikan vaksin kerana normalnya penternakan ayam pedaging dijalankan secara kapasiti besar- besaran di seluruh dunia. Jika terdapat penyakit berjangkit menyerang, kesannya akan menyebabkan kerugian yang amat besar serta kesannya boleh menyebabkan risiko kekurangan bekalan ayam berlaku kepada negara terlibat.

Berikut program cadangan vaksinasi Ayam Pedaging:

UMUR (HARI)

VAKSIN

TUJUAN

1

ND dan IB

Mencegah penyakit ND (Newcastle Disease) dan IB (Infectious Bronchitis)

14

Gumboro (Infectiours Bursal Disease)

Mencegah penyakit Gumboro

16-18

ND (Newcastle Disease)

Mencegah penyakit ND (Newcastle Disease)

18

Gumboro (Infectiours Bursal Disease)

Mencegah penyakit Gumboro

28

ND (Newcastle Disease) Lasota strain

Mencegah penyakit ND (Newcastle Disease)