Penternakan Ayam Kampung di Malaysia

Semua ayam termasuk ayam kampung di muka bumi ini berasal dari 4 jenis ayam hutan yang telah dikacukkan. Ayam kampung tempatan di Malaysia adalah hasil kacukan ayam hutan merah Malaysia (Gallus gallus) dengan baka aram tulen luar Negara seperti Barred Plymouth Rock, New Hampshire, Austrorp, Brown Leghorn, Cornish, Canton, dsbnya. Baka ayam tulen dari pelbagai Negara telah diimport seawal tahun 50'an sebagai usaha untuk menggalakkan rakyat memelihara ayam sebagai sumber protein yang murah.

Kacukan tidak terkawal serta pengurusan penternakan yang kurang baik telah menghilangkan ketulenan baka asal. Pengurusan pemakanan dan pembiakan yang kurang bermutu telah menghasilkan generasi ayam yang kecil dan pengeluaran telur yang sedikit dan bersaiz kecil. Pengaruh kacukan ayam hutan telah mengecilkan saiz dan mempelbagaikan corak dan warna ayam kampung tempatan. 

Perbezaan ketara adaiah dari saiz badan dan telah menjadikan ayam kampung tempatan mempunyai ciri-ciri keunikan tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampung seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, Ayam Katik dan berbagai-bagai gelaran mengikut tempat dan loghat.

JENIS AYAM KAMPUNG DI MALAYSIA

Tiga jenis ayam kampung yang dipelihara di Negara ini:

1. Ayam Kampung Tempatan (native village chicken)

  • Dipelihara secara lepas/tradisional di kampung.
  • Lincah dan agresif.
  • Badan bersaiz kecil, ramping dan ringan.
  • Telur bersaiz kecil dan pelbagai warna.
  • Pengeluaran telur rendah.
  • Mengeram dan mendidik anak sendiri.
  • Dijual pada usia 14-16 minggu (100-110 hari)
  • Berat jualan 1.0-1.5 kg (berat hidup) *** Tahun 2010
  • Harga pasaran RM10.00-RM12.00/kg (berat hidup) *** Tahun 2010

2. Ayam Kampung Kacukan

  • Hasil kacukan betina import berwarna (merah) dengan ayam jantan tempatan.
  • Dipelihara secara separuh intensif dan tradisional di kampung.
  • Tidak agresif seperti ayam kampung tempatan.
  • Saiz sederhana besar.
  • Dijual pada usia 9-12 minggu (60-80 hari).
  • Berat jualan 1.0 - I .5 kg (berat hidup). *** Tahun 2010
  • Harga pasaran RM7.00 - RM8.00/kg (berat hidup), akan menjadi terlalu besar/berat jika dileivatkan jualan. *** Tahun 2010

3. Ayam Daging Berwarna (coloured broiler chicken)

  • Ayam baka import dari Perancis dan Belgium.
  • Jenis Sasso, Kabir dan Hubbard Isa, dsbnya.
  • Ayam daging berwarna terhasil melalui program pembaik biak terancang.
  • Kecekapan penukaran makanannya rendah menyebabkan kadar pertumbuhan lambat.
  • Prestasi keseluruhan lebih baik dari ayam kampung tempatan dan ayam kampung kacukan.
  • Boleh dijual pada usia 40 - 50 hari.
  • Berat jualan 1.0 - 1.2 kg (berat hidup)
  • Harga pasaran RM5.00 - RM6.00/ kg (berat hidup), akan menjadi terlalu besar/berat jika dilewatkan jualan. *** Tahun 2010
  • Dipelihara secara intensif dalam reban seperti ayam pedaging.
  • Mampu menembusi pasaran eksport (spring chicken).
     

Penternakan Ayam Kampung PDF